Moldiv_1431700520875

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa tu YES untuk Mei. Sebenarnya, bulan ni selain dari promosi biasa, Shaklee ada buat offer yang lagi menarik terutamanya untuk anda yang baru berkira-kira nak register dan mulakan bisnes Shaklee anda.

Promosi beli 6 PERCUMA 1 bulan ni >> Omega Guard dan Phytocol ST serta beli 3 PERCUMA 1 >> Vitalea for Children.

Moldiv_1431700520875

 

YES adalah singkatan kepada Young Entrepreneur System yang merupakan program yang disediakan Shaklee untuk ahli baru yang mendaftar Shaklee dan benar-benar serius nak berbisnes :)

28

Sal sendiri pun ‘jealous’ dengan program YES ni. Mana tak nya, sesiapa sahaja yang join program ni berpeluang untuk menadi JUTAWAN dan MASTER dalam Shaklee dalam masa 13 bulan sahaja dengan SYARAT anda mestilah FOLLOW dan DUPLICATE segala program yang telah disediakan ye.

Wow! Sangat best jadi ahli baru ni. Sebab tu Sal pun teruja dan cemburu (yang positif) sebabnya peluang ini hanya terbuka untuk ahli baru yang mendaftar bermula daripada May-Oktober 2015 sahaja. Sal yang dah lama dalam Shaklee ni dah tak berpeluang tau.

Program YES ni menawarkan 5 insentif untuk semua peserta yang mendaftar sebagai ahli bermula Mei 2015 – Oktober 2015 iaitu:

  1. 1 botol Vitalea (Multivitamin) PERCUMA. Vitalea merupakan multivitamin terbaik di dunia dan diberikan percuma kepada yang mendaftar sebagai ahli sempena ulangtahun ke 100 usia Vitalea.
  2. 4 pakej produk Shaklee yang merupakan antara pakej terlaris di pasaran dengan harga tanpa GST.
  3. Wang tunai berganda (100%) untuk ahli yang memenuhi syarat

 

Menerusi program YES ini Shaklee menawarkan 5 insentif hebat untuk semua peserta yang telah Daftar Ahli Shaklee bermula Mei 2015 sehingga Oktober 2015. 5 insentif tersebut merupakan :

  1. 1 botol Vita-Lea Shaklee Multivitamin Terbaik di dunia sempena 100 tahun usia VitaLea Shaklee.
  2. 4 pakej produk Shaklee paling laris di pasaran dengan harga bebas GST.
  3. Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Contohnya melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700 + 100% iaitu bersamaan RM1400 pada bulan ini.
  4. Pendapatan tunai bulanan extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan. Contohnya bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan membayar anda RM1500 pada bulan ini.
  5. Hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system ini dengan cemerlang*

Best ke best? Jangan lepaskan peluang untuk grab offer ni sehingga Oktober ni je. Boleh hubungi sal untuk keterangan lanjut ye :)

—–

Untuk Info & Order:

Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Email - Buy 2Get5percent0ff RP

Hai semua. Sedar tak sedar dah masuk bulan April. Dah 9hb dah pun.

Bulan ni Shaklee buat promosi lebih daripada biasa. Di saat kita terpaksa menghadapi GST, Shaklee berbesar hati offer 6 produk promosi tau :)

Jom tengok apa yang Shaklee offer:

Email - Buy 7at6 RP

Email - Buy 2Get5percent0ff RP Email - Buy4at3 RP

 

Untuk stabilkan hormon dan period atau diabetes cuba lah GLA Complex.

Untuk kesihatan hati, cuba lah DTX Complex.

Untuk maintain kurus dan slim, cubalah Lecithin dan Cinch Shake.

Untuk lengkapkan nutrisi dan vitamin anak-anak, cubalah Vitalea for Children.

Untuk harga ISTIMEWA, hubungi Sal ok – 013-7144847 😉

—–

Untuk Info & Order:

Kawasan COD: Putrajaya – Bangi – Serdang – Puchong – Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Tantrum? Sal pun baru lagi kenal dengan perkataan ni. Of course la selepas ada anak dan selepas anak dah mula tantrum.

Si kakak Humaira sekarang ni memang kerap sangat tantrum terutamanya waktu pagi sebelum keluar rumah hantar dia ke sekolah dan umminya nak berkejaran ke ofis untuk ‘touch card’. Oh, sangat-sangat menguji keimanan dan kesabaran.

Tantrum ni dengan erti lain ialah mengamuk. Pernah nampak budak-budak yang meraung, menjerit, menendang dan berguling atas lantai? Itulah antara contoh tantrum. Ianya merupakan ekspresi emosi oleh kanak-kanak seawal umur mereka setahun.

Terdapat beberapa punca atau keadaan yang boleh mencetuskan tantrum ni, antaranya ialah:

1. Keadaan fizikal yang tidak selesa – sebagai contoh ketika sedang lapar, mengantuk, penat dan sakit. Kita orang dewasa pun kadang2 ‘mood swing’ kan, sama juga dengan kanak-kanak.

2. Ingin mendapatkan perhatian – kadang-kadang anak2 hanya inginkan perhatian kita sebagai ibu bapa mereka lebih-lebih lagi yang jenis sibuk bekerja atau anak2 yang baru saja dapat adik baru. Mereka akan fikirkan yang kita sudah tidak memberi perhatian pada mereka, jadi mereka beri isyarat tersebut dengan tantrum!

3. Emosi kanak-kanak yang tidak stabil seperti terlalu takut, teruja atau bosan pun boleh mencetuskan tantrum. Sebagai contoh, bila keluar shopping mall lama-lama memang akan buatkan anak cepat bosan terutamanya jika tiada aktiviti untuk mereka.

Sal ada terbaca di SINI, jika anak-anak kita mula mengamuk, ada beberapa cara yang boleh kita lakukan bagi mengawal keadaan tersebut. Antaranya:

1. Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk.
2. Bertenang. Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah.
3. Cuba memujuk. Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.
4. Alihkan perhatiannya. Jika anda sudah nampak tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu dan anda tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya, cepat-cepat alihkan perhatiannya.
5. Beri pilihan. Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.
6. Biarkan. Jika pujukan tidak menjadi dan anak anda terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia. Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan.
7. Nasihat. Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, anda belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.
Walaupun anak kita masih kecil dan kita menganggap yang mereka tidak faham apa yang kita katakan, sebenarnya mereka faham. Cuma kita sebagai ibu bapa perlulah banyakkan berkomunikasi dengan anak-anak, berbual dan bercerita tentang apa yang mereka suka atau tidak suka. Kita juga perlu banyakkan berdoa supaya anak-anak sentiasa mendengar nasihat kita. InsyaAllah dapat bantu kurangkan masalah tantrum anak ni.
Sal pun tak adalah teror mana bab-bab keibubapaan ni, cuma jadi mak ayah ni proses belajar dia takkan pernah berhenti ikut usia anak. So, memang banyakkan menggali dan mencari ilmu tentang parenting ni.
Semoga perkongsian ni memberi manfaat untuk anda semua :)

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan

  • Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.
  • Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
  • Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yang dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
  • Kolostrum mengandungi:
  1. Antibodi yang tinggi
  2. Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  3. Kaya dengan nutrien – protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.
  • SI mengandungi:
  1. Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  2. Lemak sebagai sumber tenaga
  3. Zat besi bagi mencegah anemia

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT

  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien
Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi
  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
 

1. KUMPULAN BIJIRIN

  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
2. SAYUR SAYURAN
  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.

3. BUAH-BUAHAN

  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

4. KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG

  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA)dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

5. LEMAK DAN MINYAK

Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan

  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi – Garam, Gula dan Bahan Perasa
    • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
    • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.
Cara Memberi Bayi Makan

  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan

Makanan Semasa Sakit

  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.

Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

Berikut merupakan panduan untuk menyediakan makanan bayi mengikut bulan:

6 BULAN
Minggu 1:

Tekstur – Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)

Kekerapan:
1x pada 2-3 hari pertama
2-3x pada hari seterusnya

Contoh makanan:
Kanji/beras + SI

Minggu 2-4:

Tekstur – Lecek (sedikit kasar dan pekat)

Kekerapan:
2-3x sehari

Contoh makanan:

  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)

Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

7 BULAN

Minggu 1:

Tekstur – Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut

Kekerapan:
3-4x sehari

Contoh makanan:

  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)

Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut):
Roti lembut
Biskut bayi (tanpa gula)
Buah-buahan (pisang, betik)
Lobak merah
Keju

9-11 BULAN

Minggu 1:

Tekstur – Lembut, cincang ataupun potong kecil

Kekerapan:

3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)

Contoh makanan

  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai ‘pak arab’), puding susu

Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)
** Dipetik dan diringkaskan oleh pemilik blog Menyusu Si Manja berdasarkan artikel Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Alhamdulillah. Al-Fateh dah menginjak ke 6 bulan. Cepat je masa berlalu. Sepatutnya dah boleh makan tapi Sal tangguh dulu. Saja nak bagi dia menikmati susu umminya ni sepenuhnya dulu. Hihihi.

Hari tu waktu ambil Fateh kat rumah mama dia, Sal nampak Fateh dibiarkan duduk dalam walker sambil menonton TV. Amboi. Dah macam bigbos. Tapi, sebenarnya hati ni tak berapa setuju lagi si Fateh diletakkan dalam walker ni. Walaupun umurnya dah 6 bulan tapi dia tak boleh duduk sendiri lagi. So, Sal google la tentang baik buruk penggunaan walker ni. Hasil pencarian, memang banyak yang tidak menyokong penggunaan dia daripada menyokong.

Persoalannya, perlu ke walker untuk bayi?

Antara artikel yang Sal baca ialah di BabyCenter.

“Meletakkan bayi dalam walker sama seperti membeli seorang remaja Ferrari – risiko bahaya. Inilah sebabnya, bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi.

Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya.

Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Ketiga, walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya.

Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan ‘kereta’ kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik yang bebas dari bahaya. (Baca tip-tip tentang memastikan rumah anda selamat untuk bayi.)

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya.

Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan.

Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu.”

Walau bagaimanapun, Sal rasa tak salah nak letak anak dalam walker asalkan jangan lah mengharapkan walker tu jadi ‘baby-sitter’ anak kita. Berjam-jam letak anak dalam tu dan mengharapkan walker tu yang mengajar dia berjalan..kan? 😉

Nak letak sekejap-sekejap tu boleh la nak bagi dia leka, boleh lah kita g masak kejap, mandi kejap, solat kejap. Tapi, janganlah letak anak dalam tu, kita duk syok scroll newsfeed FB -_-

Sal pun nak kongsikan tentang beberapa panduan dalam memilih walker dan juga perkara yang patut dielakkan ketika menggunakan walker yang Sal baca kat SINI,

PANDUAN MEMILIH BABY WALKER

1.Baby walker harus cukup lebar sehingga tidak dapat masuk melalui pintu standard.

2.Pilihlah baby walker yang ada roda berkunci. Ciri-ciri seperti ini menghentikan walker dari bergerak jika anak anda berada dipermukaan yang tidak rata.Baby Walker mudah terbalik ketika roda tersangkut.

3.Baca buku panduan yang telah disediakan. Pastikan berat badan dan usia yang sesuai untuk baby walker tersebut.

4.Pilih baby walker yang boleh diubah suai dengan ketinggian bayi anda untuk sekarang dan juga sesuai untuk digunakan untuk beberapa bulan yang akan datang.Juga, pastikan kerusi walker tidak terlalu tinggi untuk bayi, kerana jika kaki bayi tidak dapat menyentuh lantai, ini boleh meletakkan tekanan pada daerah selangkangan bayi.

5.Beli baby walker yang ada tempat untuk meletakan makanan,minuman dan juga tempat untuk meletakan mainan untuk bayi anda. ada juga sesetengah baby walker dilengkapi dengan beg kecil atau tempat di sisi untuk memegang dan menyimpan mainan.

6.Pastikan baby walker yang dibeli selamat untuk digunakan dan memenuhi standard keselamatan.

7.Pastikan bahawa walker bayi dalam keadaan baik dengan memeriksa jika ada bahagian yang longgar atau rosak.

8.Hendaklah mempunyai penutup pelindung di atas semua skru logam atau engsel. Hal ini untuk mencegah anak anda dari luka atau tersepit jarinya.


PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN

1.Elakkan membiarkan bayi menggunakan walker di tingkat atas rumah.Jika digunakan di luar bilik, elakkan dari tempat yang tidak rata dan dekat dengan kolam renang.


2.Jangan biarkan kabel elektrik bergantung terutama di kawasan laluan bayi.Ini untuk mengurangkan risiko bayi menarik barang-barang seperti lampu dan mengakibatkan kecederaan kepala.

3.Pintu keselamatan anak.Pastikan pintu keselamatan ditutup dengan betul dan mampu melawan tolakkan dari baby walker.Berguna untuk menyekat bayi pergi kekawasan yang tidak sepatutnya dan menyenangkan anda untuk mengawasinya. Ini meminimumkan kemungkinan bayi hilang dari pandangan anda.

4.Bayi tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan walker dikawasan dapur – terutama ketika oven sedang digunakan.

5.Memberikan pengawasan yang tepat. Orang tua harus mengelakkan gangguan seperti menonton televisyen, membaca,atau terlibat dalam perbualan telefon semasa bayi di baby walker.

6.Juga, berhenti menggunakan baby walker selepas bayi anda sudah belajar berjalan tanpa bantuan. Untuk mengelakkan bayi memanjat keluar dari baby walker.

Apa-apa pun terpulang pada niat masing-masing. Yang pasti, walker ni BUKAN UNTUK MELATIH ANAK CEPAT BERJALAN ok.

Semoga bermanfaat. Sharing is Caring ^_^

Post Navigation